RANGKAIAN

SABA ialah berasal dari huruf pertama perkataan Melayu di dalam perkhidmatan kejuruteraan iaitu Struktur, Awam dan Bekalan Air.

Setia, Amanah, Bekerjasama dan Adil menjadi asas pegangan kepada kakitangan SABA Consultant dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Dimana SENTIASA CEMERLANG menjadi motto syarikat.

Sebagai merealisasikan impian Dasar Ekonomi Baru Kerajaan Malaysia iaitu untuk menggalakkan lebih ramai profesional-profesional bumiputera terlibat dalam perniagaan, Dato’ Ir. Haji Mohd Isa bin Sarman telah menubuhkan SABA Consult pada 20hb Februari 1984 sebagai sebuah syarikat pemilik persendirian yang menjalankan kerja-kerja perundingan kejuruteraan awam dan struktur.

Dalam menyahut cabaran yang lebih besar, pemilik SABA Consult bersama tiga Jurutera-jurutera Profesional syarikat telah bersetuju untuk membentuk satu perkongsian rasmi dengan mendaftarkan semula syarikat ini pada Oktober 1996.

Kini selepas 20 tahun beroperasi, syarikat ini dikenali sebagai SABA Consultant Sdn Bhd, sebuah syarikat Sendirian Berhad untuk menjana semula tenaga bagi menghadapi cabaran-cabaran di era globalisasi.

Sejak penubuhannya, SABA Consultant Sdn Bhd kekal sebagai rma pemilik penuh bumiputera khusus dalam merekabentuk, penyeliaan dan pengurusan kerja-kerja kejuruteraan awam dan struktur dengan matlamat untuk mencapai yang terbaik dalam industri tersebut.

Sebuah pejabat cawangan di Johor Bahru juga telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami.



Statik Pengujung: